Assalamualaikum.

Alhamdulilah. Masa terus berlalu, setiap sesuatu kejadian itu akan berubah..Dunia sudah semakin tua, kita manusia juga melalui saat-saat itu..Taubat dan amalan perlu untuk sentiasa digandakan supaya kelak ketika dipanggil menemuinya kita sudah bersedia.

Masa terus berlalu, kehidupanku juga turut berubah. Semoga aku tidak alpa dengan setiap perubahan. Cita-cita perlu untuk segera disempurnakan untuk mencipta dan mencapai cita-cita baru.

Alhamdulilah atas segala nikmatnya, kini aku sudah masuk ke alam pekerjaan. Disamping itu, masih lagi meneruskan pelajaran yang masih berbaki. Kini menjadi pensyarah muda SBI di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS). Semoga Allah sentiasa memberi pertolongannya di dalam setiap urusan." Ya Allah, dengan rahmatmu aku dapat hidup, engkau perelokkanlah urusanku seluruhnya, dan janganlah engkau biarkan diriku membuat urusanku sendirian walaupun dengan kelipan mata." Amin..

Ingin berkongsi dengan sidang pembaca video keadan persekitaran Universiti Hassan II, Mohammedia Morocco tempat sy menuntut ilmu ketika di sana. Kredit untuk pengupload video yang merupakan junior sy


Juga untuk tontonan bersama Universiti Ibn Tofail di wilayah Kenitra. Kredit untuk aimantaqwa

p/s : Mood rindu bumi Morocco
Assalamualaikum.Apa khabar pembaca blog semua? Alhamdulilah.pertempuran di medan peperiksaan sarjana telah tamat. sy kini memasuki fasa-fasa penting untuk memperoleh ijazah sarjana iaitu fasa penulisan tesis. Fasa ini memerlukan sepenuhnya komitmen kerana jika tidak anda akan terbabas dari rel anda yang sebenar. Cadangan proposal sudah dikemukakan. Menanti keputusan daripada lajnah proposal untuk ditentukan lulus dan siapa yang bakal menjadi supervisor sy kelak. Jeles dengan kesungguhan pelajar-pelajar indonesia, akhir sem 3 sudah hantar tesis untuk viva. Sungguh komitmen dan kesungguhan menulis itu penting. Faktor belajar di negara orang juga mempengaruhi. Moga-moga kami dapat sentiasa berada di landasan yang benar..hehe..Ya..tahun baru dengan wajah baru semangat baru dan muka buku baru :D

Akhir-akhir ini kita disebukkan di internet dengan pergaduhan antara orang-orang yang memegang status sebagai seorang muslim islam. Perkataan kesat, fitnah memfitnah, adu domba menyemarakkan lagi api pergaduhan sesama kita sebagai seorang muslim yang beriman. Ingatlah, bagi diri sy dan rakan pembaca, perkataan yang keluar daripada mulut kita itu melambangkan peribadi seseorang. Kita dinilai daripada pelbagai sudut dan antaranya setiap perkataan yang terbit dan terpancul dari mulut kita itu adalah penilaian yang akan digunapakai.

Hadis qudsi yang cukup masyhur di fikiran kita, "Sesungguhnya aku menurut sangkaan hambaku" Maksudnya di sini Allah sentiasa menurut sangkaan hambanya, jika dia berniat baik, dan melakukan kebaikan maka Allah akan memberikan ganjaran baik kepadanya, jika tidak maka sebaliknya. Sama-sama kita wangikan mulut kita dengan hadis-hadis nabi moga-moga ia menjadi perisai menjaga diri kita seluruhnya.

Ingin saya kongsi di sini hadis yang juga cukup masyhur dibibir kita apabila bercakap mengenai persaudaraan, kecintaan. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
Hadis riwayat b Bukhari dan Muslim
Hadis ini mempunyai pengajaran kepada kita berkaitan adab yang baik bagi seorang islam terhadap saudaranya supaya silaturahim dan kasih sayang sentiasa terjalin di dalam masyarakat. Apakah hubungan Iman dengan Cinta ?Di dalam hadis ini rasulullah menerangkan hubungan antara cinta dan iman.Cinta adalah kasih sayang terhadap saudaranya sama seperti cinta kepada dirinya. Cinta dihubungkan dengan iman, sehingga kurang iman kerana kurangnya cintanya. Cinta di maksudkan adalah berdasarkan kepada agama, bukan peri kemanusian semata-mata.

Seorang manusia wajib menyalahi tabiat kemanusiany yang buruk, dan berdoa untuk saudaranya serta berharap kebaikan untuknya sebagaimana yang dilakukan untuk dirinya sendirinya.

Apakah yang berlaku akibat tidak cinta??? Imam nawawi menyebut : Bahawa apabila seorang tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya, maka ia adalah seorang Pendengki!!!

Imam al-Ghazali memberikan 3 pendapat yang begitu signifikan kepada kita  :
1) Bercinta-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan pindah nikmat kepadanya.

2) Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya. Kerana boleh jadi dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak disukainya. Yang kedua ini jahat bencananya dari yang pertama.

3) Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat bahagian daripadanya. Apa yang disukai ialah biarlah sama saja tarafnya dan tidak usah lebih daripadanya. Yang ketiga ini pun diharamkan juga kerana terang-terang tidak suka kepada pembahagian Allah seperti yang diterangkan di dalam al-Quran maksudnya :

Adakah mereka (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan engkau? Kami telah bahagi di antara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia ini .( Surah al-Zukhruf : 32)

Menurut hadis ini seorang yang beriman hendaklah menjadi orang yang sempurna imannya dengan mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi peribadinya sendiri baik baginya baik bagi saudaranya, buruk baginya buruk pula bagi saudaranya, Tiada ada baginya perbezaan perasaan hingga yang baik adalah untuknya, sedang yang buruk adalah untuk saudaranya.

Pepatah melayu ada menyebut : " Terapung sama hanyut, terendam sama basah" Semua itu berlaku kalau perasaan muhibbah atau saling cinta mencintai dan kasih sayang meresap ke lubuk jiwa sebagai orang mukmin dan muslim dan sejati.

Firman Allah  : Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah (Surah ali imran : 103)

Ayat ini bermaksud supaya sekalian orang yang beriman berpegang teguh kepada tali allah iaitu agama Allah dan larangan untuk ada perasaan benci membenci, caci memaki hanya kerana berlainan kedudukan dan aliran fahaman. Semua ini akan menyebabkan pupusnya perasaan cinta antara sesama muslim. Ingatlah bahawa musuh-musuh Allah sentiasa memerhati kesilapan kita.....


Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran
Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat,
Jika kau tidak temui carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati,
Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada ALLAH
PINTA HATI YANG BARU
-nukilah solusi edisi 4-



  • Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
Dalam akaun jenis pertama ini, Individu A meletakkan wangnya di dalam "conventional fixed deposit account". Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali/Bank akan mengumpulkan wang individu A tadi bersama dengan wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu akan digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk memberikan pinjaman secara riba kepada syarikat-syarikat yang datang kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, samada perniagaan itu halal mahupun haram.
Sebagai imbalan kepada para pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar faedah tertentu (‘fixed interest' atau ‘fixed return') sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada penyimpan @ pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 - 11 bulan, kadar faedah adalah menurut budibicara pihak pengurusan bank. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan kadar interest yang ingin diberinya.
Ingin ditegaskan di sini bahawa, menurut Islam, kadar 3 % dari "fixed deposit account" tadi adalah Riba ‘Ad-Duyun' dari jenis ‘Al-Qard'. Ini adalah kerana, sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, disiplin pelaburan Islam (iaitu Mudarabah atau Musyarakah) tidak boleh menentukan pulangan keuntungan di awal kontrak sama sekali. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan).
  • Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
Manakala dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary Savings Account) pula. Sekali lagi terdapat Riba secara pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu, hasilnya; Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan tadi walau dalam keadaan apa sekalipun. Sekiranya Bank mendapat untung yang amat lumayan hasil penggunaan wang simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi, maka pelanggan pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank menghadapi kerugian, Bank tetap perlu membayar kadar interest itu tanpa mengira sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka, kerugian Bank pasti bertambah dan membebankan.
Justeru, penindasan berlaku dalam kedua-dua bentuk simpanan dan pelaburan konvensional di atas, sama ada kepada bank (apabila rugi tapi perlu membayar faedah Riba) atau pelanggan (apabila untung tapi hanya mendapat nisbah kecil).
Akaun di Perbankan Islam
Dalam pengurusan akaun secara Islam, suasananya adalah berbeza sama sekali, dimana semua pelanggan yang menyimpan wang di Islamic Akaun Islam ini boleh memilih sama ada ingin menggunakan:-
  • a) Akaun Simpanan atas asas Wadi'ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);
Dalam kontrak ini, pihak bank akan memastikan semua jumlah wang simpanan pelanggan adalah sentiasa selamat dan boleh di keluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bagi memanfaatkan dan menanggung kos pengurusan simpanan ini, pihak pengurusan Bank-bank Islam biasanya akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan pelaburan yang halal sahaja, tetapi pihak Bank akan menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wangnya pada bila-bila masa serta akan menanggung segala kerugian jika berlaku. Sebagai menghargai pelanggan yang menyimpan wang ini sehingga membolehkan pihak Bank menjalankan operasi ekonomi dan perniagaan Islam, maka jika terdapat untung, pihak Bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada penyimpan sebagai tanda penghargaan.
Bagaimanapun jumlah dan kadar pulangan dalam bentuk ‘hibah' atau hadiah adalah terpulang kepada budibicara bank sepenuhnya, malah mungkin tiada sebarang hibah dalam keadaan tertentu. Jika ada pulangan, ia akan berubah-ubah menurut prestasi pernigaan yang dibuat oleh Bank Islam itu. Sekiranya hasil pelaburan menggalakkan, maka kebiasaannya penyimpan akan di beri "hibah" yang agak baik sebagai galakkan dan ucapan terima kasih kepada pelanggannya. Walaubagaimanapun hibah itu sama sekali tidak boleh dijanjikan oleh Bank dan tidak boleh pula dituntut oleh si pelanggan. [8]  Oleh kerana itu, jika pelaburan mengalami kerugian, pihak penyimpan mungkin tidak akan diberi sebarang hibah, wang simpanan mereka juga tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana :-
  • Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa risiko hasil pelaburan. Jumlah dan kadar hibah adalah sepenuhnya terpulang kepada budibicara bank. Bagaimanapun, biasanya pihak bank akan memberikan kadar hibah yang tinggi sedikit jika keuntungan diperolehi, demi menggalakkan minat pelanggan.
  • Bank juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan. Justeru bank tidak teraniaya sama sekali berbanding Bank Konvensional.
  • Tiada sebarang Riba terbabit di dalam akaun ini dan semua pelaburan yang dibuat adalah setelah dipastikan memenuhi kehendak Shariah.
  • b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)
Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah akaun pelaburan yang menggunakan konsep ‘Mudharabah'. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti " Akaun Pelaburan Umum Mudarabah" atau "Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah" atau " Akaun Semasa Mudarabah".
Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.
Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan digunakan untuk :-
  • a) Dilaburkan untuk kegunaan perniagaan bank Islam yang telah dipastikan halal
  • b) Dilabur kepada pihak ketiga yang juga dipastikan perniagaannya halal untuk membiayai perniagaan mereka, semua perniagaan ini telah di tapis oleh Majlis Penasihat Shariah dan pengurusan bank. Justeru semua "Shariah-Approved companies" ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.
Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana "client-friendly", iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau "transparent" dengan "client".
Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut "asset" mahupun "lialibilities" sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan "filter" Shariah berikut  biasanya digunakan antaranya :-
  • i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)
  • ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai "impure interest income" berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )
Adapun di Bank Konvensional, proses pengendalian akaun simpanan dan pelaburannya adalah amat berbeza, pertamanya ia tidak terikat dengan displin Shariah, akibatnya mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek pematuhan Shariah atau tidak.
Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akauan Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar "indicavtive Rates" atau "kadar andaian dan ramalan" dan bukannya kadar yang tepat dan dijanjikan oleh pihak bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.


Artikel dari blog Dr Zaharuddin untuk panduan.